Teori kognitif menerangkan bahawa
pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori.
Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka
panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian
terhadap Teori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian,
memori dan elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang
bermakna.
Manusia memilih, mengamal, memberi
perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan membuat keputusan tentang
peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat
secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan.
Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu
pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses
mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).
Salah satu tokoh dalam teori
kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori belajar iaitu Teori
Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikaji
lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di
Sekolah Dasar dan Menengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai
proses pembentukan konsep dan proses penemuan.
Bruner menekankan teori pembentukkan
konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau, konsep adalah penting bagi
seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti, memahami,
mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui cara
pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada
sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan
pengurusankeadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih
mudah difahami, mempelajari serta mengingati.
Dalam teori belajar Jerome Bruner,
beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam
bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk mengembangkan
program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model
penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai
dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus
memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka
sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh
mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.
Tiga konsep telah dikemukakan oleh
Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang
tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pula merupakan
gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau
situasi yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut
dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga
konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia
melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan
penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.
Selain itu, Bruner juga
menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara efektif, dengan
kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan manapun.
Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap.
Ketiga-tiga tahap itu adalah:
i)
tahap informasi: tahap awal untuk
memperoleh pengetahuan atau
pengalaman baru;
ii) tahap
transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis
pengetahuan
baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk
hal-hal yang lain.
ii)
tahap evaluasi: untuk mengetahui
apaha hasil tranformasi pada tahap
kedua tadi benar atau tidak.
Bruner mempermasalahkan seberapa
banyak informasi itu diperlukan agar dapat ditransformasikan . Perlu diketahui,
tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empat tema pendidikan
yang perlu diperhatikan iaitu:
a) mengemukakan pentingnya arti
struktur pengetahuan,
b) kesiapan (readiness) siswa untuk
belajar,
c) nilai intuisi dalam proses
pendidikan dengan intuisi,
d) motivasi atau keinginan untuk
belajar.siswa, dan guru untuk memotivasinya
Dalam teori Burnner juga
mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu difikirkan cara
penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui bahawa suatu
ketika hadiah ekstrinsik, bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik.
Jadi semasa dalam amalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi
dorongan yang bersifat ekstrinsik, dan keberhasilan memecahkan masalah menjadi
dorongan yang bersifat intrinsik. dengan ini dapat membolehkan tujuan
pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa puas.
Discovery Learning amat ditekankan
dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori ini diangkat dari teori Piaget
yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam proses
pembelajaran. Ini merupakan pemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak
untuk menjadi seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka
menemukan erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari
konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri.
Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran
dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan
tingkat perkembangan anak, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang
lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara
di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak,
dan guru harus memberikan kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti bagi
diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dierti
oleh mereka.
Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang
kognitif iaitu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam
sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari
persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan
seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor
ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak
balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan
pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan
kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang
biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran.
Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita
belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan
penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh
menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar.
Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.
Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan
rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan
perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan
rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di
sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan
menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan
sekelas.
Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih
rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu
akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya
ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka
pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang
dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.
Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah
simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh
rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran,
murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya
supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa
pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh
mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk
situasi yang serupa atau sama.
Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa
fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang
dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini
berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan
tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering
memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh
membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka
pada masa hadapan.
Ratna Willis
Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable
mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna
adalah proses mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan
dan terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa
pembelajaran dapat menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat,
iaitu:
i)
Materi yang
akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial
ii)
Anak yang
belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna.
Kebermaknaan
materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki
kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam
struktur kognitif siswa. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka
David Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu:
1. Pengatur awal (advance organizer)
Pengatur awal
atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan konsep lama
denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan pengatur awal tepat
dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam materi , terutama materi pelajaran
yang telah mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali pembelajaran
dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya “pengatur awal” itu digunakan,
sehingga pembelajaran akan lebih bermakna.
2. Diferensiasi progresif
Dalam proses
belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep. Caranya
unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang
lebih detail, berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus.
3. Belajar superordinat
Belajar
superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearah
deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep
dalam struktur kognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus
berlangsung hingga pada suatu saat ditemukan hal-hal baru. Belajar superordinat
akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan inklusif.
4.
Penyesuaian Integratif
Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan
bahawa dua atau lebih nama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama
atau bila nama yang sama diterapkan pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi
pertentangan kognitif itu, Ausable mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian
integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian rupa, sehingga guru
dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selama
informasi disajikan.
Penangkapan (reception learning).
Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan oleh David Ausable sebgai jawaban
atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkan oleh Jerome Bruner
tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui apa yang penting atau
relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal
untuk melakukan kerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di
sekolah. Ausable
menggambarkan model pembelajaran ini dengan nama belajar penangkapan.
Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori
Pembelajaran Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong
manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara
tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Teori
beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian
masalah dengan menggunakan celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kita
boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang
struktur dan persepsi yang baru.
Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor
cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di
bumbung sangkarnya. Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk
mendapatkan pisang tersebut. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini
digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung,
disebut sebagai celik akal.
Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu
menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan
masalah pelajaran. Selain itu, boleh juga kita membimbing pelajar untuk
menggunakan persepsi mereka untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam
persekitaran. Malahannya, kita sebagai guru juga harus menggunakan
contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan
celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.
Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting
iaitu persepsi dan pembentukan konsep. Kohler menggunakan persepsi perkaitan
unsur-unsur di persekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran
sebagai langkah-langkah memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai
pembelajaran resepsi serta bermakna dan akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai
proses pembentukan konsep dan proses penemuan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan JEJAK anda :)