TERUMBU KARANG
Apa itu Terumbu Karang?
Terumbu karang ialah satu jenis
bentuk muka bumi yang terdiri daripada hidupan laut iaitu tulang dan kulit
karang polip-polip, alga kalkeria, kerang dan tiram yang telah mati.
Berjuta-juta polip yang sudah mati dimendapkan di dasar lautan serta disimen
oleh alga kalkeria dan bahan ini menjadi keras lalu membentuk terumbu karang.
Di
manakah terdapatnya Terumbu Karang?
Di
kawasan laut tropika terdapat terumbu karang secara meluas yang terletak di
antara latitud 30̊ U dan 30̊ S. Kawasan-kawasan yang terdapat terumbu karang
ialah:
a)
Malaysia:
Pulau Redang di Terengganu, pulau Tioman di Pahang dan Pulau balambangan dan
Pulau Sipadan di Sabah.
b)
Luar
Negara: Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Kepulauan Karibia dan kawasan pentas
benua di Asia Tenggara.
Jenis terumbu Karang
Terumbu
karang terbahagi kepada tiga:
- a) Terumbu Pinggir
- b) Terumbu Sawar/Penghalang
- c) Atol/ Pulau cincin
Apa
itu Terumbu Pinggir?
Terumbu
Pinggir
·
Terumbu
pinggir ialah satu pelantar batu karang yang terbentuk di pinggir atau berhampiran
daratan dan pulau.Terletak tinggi sedikit dari aras air surut dan tidak
kelihatan ketika air pasang. Pinggirnya menghadap laut bercerun curam.
Kebanyakan terumbu karang di Malaysia
merupakan terumbu pinggir yang tumbuh lebih kurang 1 km kea rah laut. Cerun
yang menghadap laut adalah curam dan sedalam 30 meter.
·
Kawasan
yang mempunyai terumbu pinggir ialah:
ü
Malaysia:
Pulau Redang, Pulau Kapas, dan Pulau Perhentian di Terengganu dan Taman Tungku
abdul Rahman di Sabah.
ü
Luar
Negara: Kepulauan Hawai, Lautan Pasifik Selatan dan perairan pantai barat
Sumatera dan Singapura.
Terumbu sawar turut dikenali sebagai terumbu penghalang
dan terbentuk selari dengan pinggir laut serta terpisah agak jauh dari daratan.
Lebar terumbu sawar berbeza iaitu antara 1 hingga 15 km. Terumbu sawar terbesar
di dunia terletak di Pantai Queensland, Australia. Panjangnya 2 000km lagunnya
selebar 160km tetapi sedalam 50 hingga 60 meter.
Atol atau pulau cincin ialah terumbu karang yang
mengelilingi sebuah lagun. Lagun tersebut cetek dan di tengah-tengahnya tidak
terdapat daratan. Atol juga terputus-putus di beberapa bahagian supaya air
dapat keluar masuk dan keluar dari lagun tersebut. Atol terbentuk daripada
pasir dan puing-puing batu kapur yang terkumpul dalam tempoh yang lama. Terdapat
banyak pulau Cincin di lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Contohnya, ialah Pulau
Layang-layang di Sabah, Atol Male dan Atol Vaavu di Kepulauan Maldives.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan JEJAK anda :)