Pendahuluan
Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi
fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada
masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan
teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa
kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi
tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek
kepada perancangan jangka panjang
(Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).
Razali Ismail (2000:2), mengatakan abad Ke-21
sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan
kepantasan dan mendekatkan faktor jarak dan masa. Perkembangan
terkini dalam “open sky technology” , membawa implikasi kepada kehidupan
manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada
hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas
Guru Abad 21
Ciri-ciri guru abad ke-21
Ciri-ciri
yang hendak dilahirkan untuk mewarisi
alaf baru akan datang iaitu:
·
Kaya maklumat (termasuk sains
dan teknologi)
·
Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)
·
Nilai-nilai luhur dan harmoni
·
Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan, dan
·
Ketrampilan
Untuk
menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,
maka para pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri
berikut pula:
·
Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
·
Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
·
Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.
·
Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
·
Memiliki kemahiran kaunseling
·
Menggunakan teknologi terkini
·
Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
·
Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain
·
Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik
Tanggungjawab pendidik
1.Membina budaya ilmu
a)
Teknologi dan perkomputeran
Para pendidik seharusnya mengorak
langkah dan mengembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai
pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan
dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme
urusan harian.
b)
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
Pelajar-pelajar mestilah dididik
menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk
belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intektual tinggi menghadapi era
globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah
kepada pandangan jauh dan luar biasa.
c)
Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas
Para pendidik seharusnya mempunyai
kemahiran dan berketrampilan mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti
bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar
pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning.
Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa
berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa, dan kemajuan sejagat.
Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu:
· Belajar untuk menguasai ilmu
· Belajar untuk menguasai kemahiran
· Belajar untuk menjadi insan berguna
· Belajar untuk harmoni dan bekerjasama
d)
Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral
Nilai-nilai murni menitikberatkan
perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama
manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan
masyarakatyan g dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
e) Menguasai pengetahuan dan
kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran
tenaga kerja industri merupakan dasar pembangunan negara. Usaha ini ialah
sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada
tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan responsif kepada perubahan
keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan
hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan progresif
yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
2.Membentuk
Masyarakat Madani
Pendidik yang professional dapat
menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan
amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh
mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan
perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri
"hi-tech", dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan
perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk
membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama
ada secara formal mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha
menwujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang
berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri,
memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan
jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan
hidup yang cemerlang.
Pembelajaran
Abad ke 21
(i)
globalisasi
yang meningkatkan kesaling bergantungan global dan persaingan
(ii)
inovasi
teknologi yang membolehkan lebih banyak pengajaran dan pembelajaran aktif
bermakna serta membolehkan akses 24/7
ü
penyelidikan
membuktikan apa yang pendidik telah lama alami tentang bagaimana pelajar hari
ini belajar dengan lebih baik apabila mereka faham apa yang dipelajari dengan
menggunakan apa yang mereka tahu untuk memperoleh makna daripada maklumat baru.
ü
Aplikasi
kognitif proses metakognisi adalah penting untuk pembelajaran. Walau
bagaimanapun, apabila digabungkan dengan penyelidikan kognitif dan Neurosains
baru dan canggih pada topik-topik seperti muatan memori bekerja, kognitif dan
fungsi eksekutif, konsep asas ini menjadi idea penemuan yang boleh membawa
kepada cara-cara baru dan pengajaran yang lebih baik.
Pelajar
Abad ke 21
Ciri-ciri
pelajar abad ke-21
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi
Kemahiran Abad ke-21
• Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and
innovation skills)
• Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information,
media and technology skills)
• Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)
• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical
Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and
Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT
(Information, Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan
diri (Flexibility and Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri
(Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and
Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and
Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and
Responsibility)
Tanggungjawab
pendidik dalam meningkatkan kemahiran abad ke-21
Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan
dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan
Negara. Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha
yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan
dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st
Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah
pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran
yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca,mengira dan
menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal dan sebagainya.
Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :
1) Menguasai Pelbagai Bidang.
Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
2) Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.
Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.
3) Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran&Pembelajaran).
Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centred).
Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.
4) Menggunakan Teknologi Terkini.
Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.
5) Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).
Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungan dengan pelajar dan masyarakat.

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan JEJAK anda :)