Friday, December 28, 2012

Abad ke-21


Pendahuluan
Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan  jangka pendek kepada perancangan jangka panjang 
(Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).

Razali Ismail (2000:2), mengatakan abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan mendekatkan faktor  jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam “open sky technology” , membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas

Guru Abad 21
Ciri-ciri guru  abad ke-21
Ciri-ciri yang hendak dilahirkan  untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
    ·         Kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
    ·         Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)
    ·         Nilai-nilai luhur dan harmoni
    ·         Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan, dan
    ·         Ketrampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
    ·         Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
    ·         Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
    ·         Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.
    ·         Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
    ·         Memiliki kemahiran kaunseling
    ·         Menggunakan teknologi terkini
    ·         Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
    ·         Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain
    ·         Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik
Tanggungjawab pendidik
1.Membina budaya ilmu
a) Teknologi dan perkomputeran
Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan mengembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
b) Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
c) Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas
Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa, dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu:
·         Belajar untuk menguasai ilmu
·         Belajar untuk menguasai kemahiran
·         Belajar untuk menjadi insan berguna
·         Belajar untuk harmoni dan bekerjasama
d) Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral
Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakatyan g dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
e) Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan dasar pembangunan negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
2.Membentuk Masyarakat Madani
Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri "hi-tech", dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha menwujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.
Pembelajaran Abad ke 21
3 pengaruh utama:
   (i)        globalisasi yang meningkatkan kesaling bergantungan global dan persaingan
  (ii)        inovasi teknologi yang membolehkan lebih banyak pengajaran dan pembelajaran aktif bermakna serta membolehkan  akses 24/7
 (iii)        Kajian terkini mengenai bagaimana individu belajar

ü  penyelidikan membuktikan apa yang pendidik telah lama alami tentang bagaimana pelajar hari ini belajar dengan lebih baik apabila mereka faham apa yang dipelajari dengan menggunakan apa yang mereka tahu untuk memperoleh makna daripada maklumat baru.
ü  Aplikasi kognitif proses metakognisi adalah penting untuk pembelajaran. Walau bagaimanapun, apabila digabungkan dengan penyelidikan kognitif dan Neurosains baru dan canggih pada topik-topik seperti muatan memori bekerja, kognitif dan fungsi eksekutif, konsep asas ini menjadi idea penemuan yang boleh membawa kepada cara-cara baru dan pengajaran yang lebih baik.



Pelajar Abad ke 21
Ciri-ciri pelajar abad ke-21
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi


Kemahiran Abad ke-21

• Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
• Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
• Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)




Tanggungjawab pendidik dalam meningkatkan kemahiran abad ke-21
Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca,mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :

1) Menguasai Pelbagai Bidang.
Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

2) Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.
Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.

3) Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran&Pembelajaran).
Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centred).

Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

4) Menggunakan Teknologi Terkini.
Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.

5) Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).
Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungan dengan pelajar dan masyarakat.

Teori Konstruktivisme


Secara perspektifnya teori konstruktivis kognitif ini, pembelajaran dianggap satu proses aktif yang melibatkan memperoleh pengetahuan baru dan mengubahsuai pengetahuan sedia ada. Menurut Piaget (1967), penyesuaian merupakan fungsi yang mengawal semua perkembangan manusia, termasuk pembelajaran. Penyesuaian dikatakan berlaku melalui dua proses asas iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi adalah proses memadankan pengetahuan baru ke dalam skema sedia ada manakala akomodasi adalah pengubahsuaian skema buat sementara waktu atau secara tetap. Kedua-dua proses ini dianggap penting dalam mengurangkan sebarang konflik kognitif yang mungkin wujud lalu membawa kepada pembelajaran yang berguna.
Dari perspektif teori konstruktivis sosial pula, interaksi sosial dapat mempengaruhi perkembangan kognitif pelajar (Vygotsky, 1978). Ini disebabkan apabila berlakunya interaksi sosial, seseorang pelajar dipaksa memasuki zon perkembangan proksimal iaitu pelajar diberi peluang mencapai potensi perkembangan mental yang wujud sama ada dengan bimbingan seorang dewasa atau melalui kolaborasi dengan rakan-rakan sebaya yang lebih matang inteleknya. Alat-alat psikologi serta komunikasi interpersonal dikatakan menolong menyumbang kepada fungsi mental yang lebih tinggi.

Menurut Phillips (1995), terdapat tiga ciri utama pada seseorang pelajar konstruktivis iaitu bersifat aktif, sosial dan kreatif. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa pembelajaran yang bersifat aktif mungkin membolehkan seseorang pelajar mengingati dan memahami pelajaran dengan lebih baik serta dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh dengan aktif. Pembelajaran yang bersifat sosial pula dikatakan biasanya memupuk pembelajaran manakala pembelajaran yang bersifat kreatif memberi semangat belajar kepada pelajar dan membolehkan pelajar memahami pelajaran dengan lebih mendalam (Perkins, 1999). Ini selaras dengan pendapat Confrey (1990) yang menyatakan bahawa seseorang pelajar konstruktivis serba sedikit sedar akan proses pembinaan pengetahuan dan dapat mengubah/meminda proses tersebut melalui refleksi yang disedari oleh diri sendiri. von Glasersfeld (1995) turut percaya bahawa pembelajaran bukan fenomena yang melibatkan rangsangan-gerak balas; malah ia memerlukan kawalan kendiri dan pembinaan struktur-struktur konseptual melalui proses refleksi dan abstraksi.

Menurut teori keluwesan kognitif yang dikemukakan oleh Spiro dan Jehng (1990), “keluwesan kognitif” merujuk kepada kebolehan untuk menstruktur semula pengetahuan secara spontan dalam banyak cara, sebagai tindak balas penyesuaian terhadap tuntutan yang berubah secara radikal mengikut keadaan/situasi. Keluwesan kognitif ini bergantung kepada cara pengetahuan diwakili dan proses yang beroperasi berdasarkan perwakilan mental tersebut. Perhimpunan skema (schema assembly) dititikberatkan berbanding pemerolehan semula sesuatu skema secara bulat (intact schema retrieval). Dari itu, bukan sahaja pemahaman dibina dari pengetahuan sedia ada, tetapi pengetahuan sedia ada juga dibina bersesuaian dengan tuntutan pembelajaran. Unsur penting adalah penggunaan semula pengetahuan sedia ada secara luwes. Seseorang pelajar dapat memahami sesuatu yang baru dengan memperolehi semula dan menghimpun skema-skema yang berkaitan dengan situasi pembelajaran untuk membina pengetahuan baru.

Teori keluwesan kognitif berfokus kepada pembelajaran di mana domain pengetahuan adalah kompleks dan kurang berstruktur (ill-structured) (Spiro, Coulson, Feltovich dan Anderson, 1992). Teori ini dengan sengajanya menyediakan pelbagai perspektif atau tafsiran isi kandungan yang ingin diajar. Metafora “silang-menyilang pemandangan pedalaman” atau “thematic criss -crossing” diguna pakai kerana pelajar digambarkan silang-menyilang intelek domain pengetahuan dengan meninjaunya dari pelbagai perspektif atau melalui pelbagai tema.
Teori ini memberi model konseptual untuk mereka bentuk persekitaran pembelajaran untuk menyokong pemerolehan pengetahuan pada peringkat lanjutan. Ia memberi penekanan kepada konteks pembelajaran kerana ia menganggap maklumat yang diperoleh dalam konteks dunia nyata lebih senang disimpan. Juga, ini menghasilkan pembelajaran yang lebih generatif, pada aras yang lebih tinggi serta lebih bermakna. Apa yang dipelajari dapat dipindahkan dengan lebih meluas dan lebih jitu (Spiro et al., 1991)

Teori Kognitif


Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian terhadap Teori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna.

Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).

Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikaji lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah Dasar dan Menengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan.

Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau, konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui cara pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan pengurusankeadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami, mempelajari serta mengingati.

Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.

Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep  mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.

 Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara efektif, dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan manapun. Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketiga-tiga tahap itu adalah:

i)             tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau
pengalaman baru;
ii)       tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis
pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain.
ii)            tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap
kedua tadi benar atau tidak.

Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapat ditransformasikan . Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empat tema pendidikan yang perlu diperhatikan iaitu:

a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan,
b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar,
c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi,
d) motivasi atau keinginan untuk belajar.siswa, dan guru untuk memotivasinya

Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu difikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui bahawa suatu ketika hadiah ekstrinsik, bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Jadi semasa dalam amalan pengajaran di sekolah,  guru dapat menjadi dorongan yang bersifat ekstrinsik, dan keberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan yang bersifat intrinsik. dengan ini dapat membolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa puas.

Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori ini diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam proses pembelajaran. Ini merupakan pemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak untuk menjadi seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri.

Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus memberikan kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka.

Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran.

Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.

Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti  pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas.

Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.

Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.

Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan.

Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna adalah proses mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat, iaitu:
i)             Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial
ii)            Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna.

Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur kognitif siswa. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu:

1. Pengatur awal (advance organizer)
Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan pengatur awal tepat dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam materi , terutama materi pelajaran yang telah mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya “pengatur awal” itu digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih bermakna.
2. Diferensiasi progresif
Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep. Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang lebih detail, berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus.
3. Belajar superordinat
Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearah deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep dalam struktur kognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat ditemukan hal-hal baru. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan inklusif.
4. Penyesuaian Integratif
Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebih nama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang sama diterapkan pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian rupa, sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selama informasi disajikan.
Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan oleh David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkan oleh Jerome Bruner tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui apa yang penting atau relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukan kerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. Ausable menggambarkan model pembelajaran ini dengan nama belajar penangkapan.


Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori Pembelajaran Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang baru.

Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang tersebut.  Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal.

Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Selain itu, boleh juga kita membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi mereka untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai guru juga harus menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.

Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep. Kohler menggunakan persepsi perkaitan unsur-unsur di persekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah  memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta bermakna dan akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan  proses penemuan.

Teori Behaviorisme (Teori tingkah laku)


Pada awal abad ke-20,diantara aliran pemikiran yang mendominasi bidang psikologi sosial adalah aliran behaviorisme .Aliran ini di pelopori oleh John B .Watson (1878-1958) seorang ahli psikologi Amerika.Beliau  mendapat pendidikan dalam bidang psikologi haiwan di universiti Chicago. Teori behaviorisme  atau teori tingkah laku yang di pelopori oleh Watson ini mengkaji bagaimana organisma mempelajari dan memberi respon terhadap persekitarannya. Teori ini mula memperlihatkan pengaruhnya dan muncul sebagai aliran paling berpengaruh di kalangan ahli psikologi menjelang awal 1900-an.Teori ini kemudiannya dikembangkan antara lainnya oleh Edward L Thorndike,B.F Skinner, Pavlov.
Matlamat Watson dan pengikutnya adalah untuk mengkaji tingkah laku yang boleh diperhati secara langsung, bukannya kandungan fikiran sedar seperti yang dilakukan oleh Wundt. Watson berpendapat kaedah kajian makmal adalah lebih terkawal.Aliran behaviorisme ini menumpukan perhatian kepada aspek pembelajaran dan peranan rangsangan luaran ke atas tingkah laku manusia.  Penegasan pengikut behaviorisme terhadap kaedah eksperimen terkawal sememangnya wajar dipertahankan
Teori behaviorisme mementingkan tingkah laku luaran seperti gerak balas kognitf, motor dan emosi seseorang yang dapat diperhatikan.Mereka percaya bahawa tingkah laku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat yang dibentuk oleh mereka sendiri.Oleh itu tingkah laku seseorang itu akan sentiasa menuju matlamat ini, seperti yang dinyatakan oleh Rotter(1964):
“Seseorang individu akan bertindak balas dengan tingkah laku yang akan memberinya kepuasan yang paling tinggi dalam situasi yang tertentu.Motif manusia melakukan sesuatu tingkah laku selalunya dibentuk melalui pengalaman, dan lama kelamaan seseorang individu itu akan membentuk satu set motif atau keperluan yang boleh ditentukan.”



Ahli behaviorisme berpendapat bahawa alam persekitaran menentukan tingkah laku seseorang ataupun tingkah laku seseorang itu dibentuk kerana keadaan persekitaran.Tingkah laku dipelajari apabila mereka bertindak dengan berbagai-bagai rangsangan yang ada di persekitaran itu yang akhirnya membentuk personality seseorang.
Watson dan pengikut teori behaviorisme juga menegaskan, tingkah laku manusia boleh ditempa dan diubah tanpa sebarang batasan dengan menggunakan prinsip tingkah laku.Setiap akibat sesuatu gerak balas dianggap memainkan peranan menentukan tingkah laku manusia.
Teori tingkah laku mengemukakan hujah yang mana introspeksi iaitu ʻmemerhati persepsi dan perasaan diriʼ tidak boleh di percayai.Sebaliknya melihat dan membahagikan tingkah laku pada unit-unit yang dikenali sebagai gerak balas dan persekitaran kepada unit-unit yang di panggil rangsangan. Teori ini juga menekankan sesuatu rangsangan itu dapat diikuti oleh satu gerak balas.Dan kedua-dua rangsangan dan gerak balas ini dilihat saling berkaitan dan membentuk satu perhubungan yang berfungsi.
Bagi mengukuhkan lagi perhubungan antara rangsangan-rangsangan gerak balas  ini, faktor peneguhan atau reinforcement ditekankan.Peneguhan merujuk kepada hakikat sesuatu peristiwa itu dapat menguatkan lagi kebarangkalian ke atas sesuatu gerak balas dengan adanya peneguhan.
Kejayaan behaviorisme bukan sahaja kerana teori ini menawarkan huraian yang dianggap sahih tentang tabii tingkah laku manusia bahkan menjanjikan penerapan praktikal dalam menangani persoalan yang melibatkan kehidupan harian manusia.Teori ini melihat bagaimana organisma mempelajari dan membuat gerak balas terhadap persekitarannya.
Pengikut teori tingkah laku ini juga begitu yakin dan berusaha menentukan setiap prinsip tingkah laku dan hasil penyelidikan mempunyai implikasi di luar makmal .Setiap akibat sesuatu gerak balas dianggap memainkan  peranan menentukan tingkah laku manusia.
made in SABAH